FATWA
Pengertian fakir dan miskin
Bahasa Asal
Melayu
Jumlah Pembaca
1549
Negara Asal
Malaysia
Tarikh Isu
1971-02-01
Tahun
1971
Rujukan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Takrif faqir dan miskin
Jawapan:
(1) Fakir itu adalah mereka yang tidak mempunyai harta dan pendapatan yang mencukupi hajatnya dan hajat mereka yang wajib di atasnya, seperti mereka yang berhajat kepada sepuluh ringgit sehari tetapi ia dapati RM2 @ RM4 sahaja iaitu pendapatannya kurang daripada separuh hajatnya.
(2) Adapun miskin ialah mereka yang mempunyai harta @ pendapatan tetapi tidak mencukupi hajatnya dan hajat mereka yang wajib di atasnya seperti mereka yang berhajat kepada sepuluh ringgit sehari tetapi didapati enam @ tujuh ringgit iaiatu separuh @ lebih.
Bukanlah takrif fakir @ muskin itu terhad dengan umur yang tertentu, misalnya seseorang sudah berumur 65 tahun cukup RM500.00 setahun kiranya di berpendapatan RM500@lebih maka dikira orang itu kaya. @ kurang daripada RM500 dan tidak kurang daripada separuh maka ia termasuk di dalam takrif orang miskin, @ pendapatannya kurang daripada separuh maka orang itu termasuk di dalam takrif miskin.